KKM lapor 1,352 jangkitan Covid-19 baharu


MALAYSIA terus menyaksikan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 semalam kepada 1,352 berbanding 1,503 pada hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman web CovidNow menunjukkan terdapat lima kematian berkaitan virus dengan satu melibatkan kematian di luar hospital.

Kes harian baru-baru ini menurun kepada tahap yang pernah dilihat pada Mac hingga April tahun lepas.

Kes aktif berjumlah 36,440 dan jumlah kematian 35,555.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 680, diikuti Kuala Lumpur (166) dan Pulau Pinang (103).

Melaka melaporkan 92 kes, Johor (74), Perak (73), Negeri Sembilan (42), Sarawak (35), Kedah (17), Kelantan (15), Sabah (14), Terengganu (14), Putrajaya (14), Pahang (11), Perlis (1) dan Labuan (1).

Tiga daripada kematian semalam dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu di Perak dan Sarawak.

Kemasukan ke hospital Covid-19 menurun kepada 930 orang.

Terdapat 66 pesakit di unit rawatan rapi, 44 daripadanya menggunakan ventilator.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes Covid-19 selepas sambutan Hari Raya.

Beliau berkata pusat kuarantin dan rawatan dengan 20 katil dibuka di Hospital Putrajaya dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang sebagai persediaan menghadapi lonjakan itu. – 3 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen