Cuti Hari Pekerja dibawa kepada Rabu, kata PM


CUTI Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Isnin.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Beliau berkata gantian cuti Hari Pekerja secara automatik tidak terpakai untuk negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad kerana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (2 Mei). – Bernama, 2 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen