Aidilfitri: Kelantan ubah hari kelepasan am kepada 4 Mei 


Menteri Besar Ahmad Yakob berkata keputusan itu susulan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri 2 Mei.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Mei, 2022.

KERAJAAN Negeri Kelantan hari ini bersetuju mengubah hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri ini dari tarikh asal pada 5 Mei (Khamis) kepada 4 Mei ini (Rabu).

Menteri Besar Ahmad Yakob berkata keputusan itu susulan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (2 Mei).

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju mengisytiharkan 5 Mei sebagai hari kelepasan am (Cuti Peristiwa) bagi negeri Kelantan. – Bernama, 1 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen