Kerajaan sentiasa hargai sumbangan pekerja, kata PM


Tema Hari Pekerja tahun ini mencerminkan aspirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia untuk bersama memulihkan ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Mei, 2022.

KERAJAAN sentiasa menghargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia, menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata tema Hari Pekerja tahun ini “Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara” mencerminkan aspirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia untuk bersama berganding bahu memulihkan ekonomi negara.

“Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua warga pekerja yang diyakini akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. – Bernama, 1 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen