5 bank dapat kelulusan lesen digital


Dua puluh sembilan bank asing dan tempatan memohon lesen bank digital daripada Bank Negara Malaysia namun hanya 5 permohonan diterima. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 April, 2022.

BANK Negara Malaysia mengumumkan lima pemohon yang berjaya untuk lesen bank digital, yang mana tiga daripadanya dimiliki majoriti rakyat Malaysia.

Pemohon berikut, seperti yang diluluskan Kementerian Kewangan (MoF), akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA):

* konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd

* konsortium diketuai GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd

* konsortium diketuai Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd

Sementara itu, kedua-dua pemohon ini akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA):

* konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd dan MoneyLion Inc

* konsortium diketuai KAF Investment Bank Sdn Bhd

Tiga majoriti yang dimiliki oleh rakyat Malaysia adalah Boost Holdings dan RHB Bank, Sea and YTL Digital Capital dan KAF Investment Bank.

Dua puluh sembilan bank asing dan tempatan memohon lesen itu.

Bank Negara sebelum ini menyatakan sehingga lima syarikat “tech-heavy” dan “tech-savvy” akan diberikan lesen untuk mengendalikan bank digital bagi menampung segmen penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan dan tidak diberi perkhidmatan.

Bank pusat sepatutnya menamakan pemegang lesen pada 30 Mac tetapi menangguhkannya untuk menyelesaikan “proses undang-undang”.

Antara keperluan untuk mendapatkan lesen adalah dana modal minimum RM100 juta dalam fasa asas, yang mesti mencecah RM300 juta menjelang tahun ketiga beroperasi. – 29 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen