DAPUR amal belakang rumah Elena Gonzalez merupakan ‘sarang aktiviti menyediakan makanan di kejiranan Argentina yang miskin.
Dapur amal Gonzalez di Belen de Escobar, kira-kira 55 kilometer dari Buenos Aires, adalah salah satu daripada lebih 1,500 dapur amal di negara dengan populasi 45 juta itu.
Argentina mempunyai sejarah panjang inflasi yang tinggi ketika ini ia sedang melalui detik sukar, diburukkan lagi oleh kesan global perang di Ukraine.
Dengan harga makanan di negara ini meningkat 20 peratus dalam masa tiga bulan sahaja, rangkaian organisasi awam dan swasta diperlukan bagi memberi makan kepada berjuta-juta mulut yang semakin lapar.
“Keadaan semakin teruk,” kata Gonzalez, yang dapur amalnya kini sudah berusia lapan tahun.
Berbekalkan gabungan bantuan kerajaan, sumbangan peribadi, sumbangan daripada penduduk tempatan, kebun sayur masyarakat dan beberapa ekor ayam, dia berjaya meletakkan menyediakan makanan kepada orang ramai.
Gonzalez berkata dia tidak boleh terlepas sehari tanpa memasak. “Kanak-kanak di sini akan datang ke pintu rumah saya untuk minta makanan,” katanya kepada AFP.
Dapur amalnya menerima bantuan daripada rangkaian Barrios de Pie, sebuah gerakan sosial yang lahir daripada krisis ekonomi 20 tahun lalu, dan keperluan itu tidak pernah surut.
Ia salah satu penggerak yang penting untuk membantu lebih daripada empat juta rakyat, menurut angka rasmi.
Baru-baru ini, kerajaan terpaksa meningkatkan sebanyak 50 peratus - kepada antara AS$78 dan AS$156 sebulan - setem makanan untuk kira-kira 2.4 juta isi rumah.
300,000 lagi diberikan kepada kantin sekolah, manakala lebih banyak lagi mendapat makanan harian mereka daripada pertubuhan agama dan NGO.
Kedai-kedai tempatan mengisi beberapa ruang yang tinggal, menghantar makanan yang tidak terjual ke dapur amal atau kadang-kadang terus kepada isi rumah yang memerlukan. – AFP, 29 April, 2022.
Komen