KKM lapor 2,935 kes baharu Covid-19, 10 kematian


Jumlah kes aktif Covid-19 kini 53,776, menurut KKM. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 April, 2022.

KES baharu Covid-19 kembali turun bawah 3,000, dengan 2,935 kes direkodkan semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 4,443,318 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.

Angka jangkitan baharu semalam paling tinggi di Selangor iaitu 1,215 kes, diikuti Kuala Lumpur (462) dan Pulau Pinang (224).

Di negeri-negeri lain, Perak dan Negeri Sembilan masing-masing mencatat 343 kes, Johor (122), Melaka (108), Kedah (98), Sarawak (97), Pahang (74), Putrajaya (56), Sabah (36), Terengganu (35), Kelantan (15), Perlis (5) dan Labuan (2).

Portal GitHub pula menunjukkan sebanyak 10 kematian akibat Covid-19 dicatat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini 35,536 orang.

Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu masing-masing merekodkan dua kematian, manakala satu kes di Johor, Kedah, Melaka dan Putrajaya.

Semalam juga, seramai 1,385 individu positif Covid-19 dirawat di hospital, dengan 84 kes di unit rawatan rapi. Seramai 56 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – 29 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen