Kelab malam boleh beroperasi mulai 15 Mei, kata Khairy


Ravin Palanisamy

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kelab malam boleh mula beroperasi mulai 15 Mei ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2022.

KELAB malam kini boleh mula menjalankan perniagaan mereka mulai 15 Mei, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Menteri kesihatan berkata tidak akan ada sebarang sektor atau aktiviti yang dilarang di negara ini bermula tarikh tersebut.

“Semua senarai aktiviti yang berada dalam senarai negatif prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan digugurkan.

“Agensi berkaitan sedang menyediakan protokol untuk operasinya,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Khairy juga berkata kelab malam merupakan satu-satunya premis yang kekal dalam senarai negatif MKN.

Khairy menambah daftar masuk MySejahtera juga tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/378899

Beliau berkata individu kini dibenarkan memasuki semua premis tanpa mengira status vaksinasi mereka.

“Hanya individu berstatus ‘Berisiko Tinggi’ di aplikasi MySejahtera contohnya kes positif dan individu yang diberikan Perintah Pengawasan Rumah (HSO) tidak dibenarkan memasuki premis tersebut,” katanya.

Mengambil kira semua aktiviti sudah dibenarkan dengan penggunaan 100% kapasiti ruang Khairy turut menambah penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan.

Beliau bagaimanapun menegaskan penjarakan fizikal adalah digalakkan sekiranya tiada penggunaan topeng muka. – 27 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen