Terengganu umum 5 Mei cuti peristiwa sekiranya Hari Raya jatuh 3 Mei, kata MB


Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 5 Mei, sekiranya Hari Raya jatuh pada 3 Mei ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2022.

KERAJAAN negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 5 Mei, sekiranya Hari Raya jatuh pada 3 Mei ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diadakan hari ini.

“Oleh kerana sekiranya hari raya pertama pada Selasa (3 Mei) dan Rabu (4 Mei) adalah hari raya kedua yang sememangnya hari cuti. Jadi, Khamis (5 Mei) ‘tersepit’ di situ kerana Jumaat dan Sabtu (6 dan 7 Mei) adalah hari cuti di Terengganu.

“Jadi ia adalah untuk memudahkan para pekerja di sektor perkhidmatan kerajaan dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) Terengganu supaya mereka dapat terus berhari raya tanpa perlu datang bekerja pada Khamis (5 Mei),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini. – Bernama, 27 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen