KKM lapor 3,361 kes baharu Covid-19, 13 kematian


Jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,436,912 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2022.

SEBANYAK 3,361 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 2,478 kes yang dilaporkan pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4,436,912 kes, berdasarkan data KKM di laman web CovidNow.

Angka harian paling tinggi di Selangor iaitu 1,083 kes, diikuti Kuala Lumpur (494) dan Negeri Sembilan (201).

Semalam juga sebanyak 13 kematian akibat Covid-19 direkodkan, berbanding lapan kes pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kini 35,520 orang. Hanya satu kes kematian diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital semalam.

Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat tiga kematian Covid-19, diikuti Kedah (2), Perak (2), Melaka (1), Pahang (1) dan Pulau Pinang (1).

Sementara itu sebanyak 61,871 kes aktif dilaporkan setakat tengah malam tadi, 1,531 kes dirawat di hospital.

Seramai 101pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dan 63 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 27 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen