Guan Eng gesa kerajaan segera mulakan dana penstabilan harga


Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata kerajaan perlu memulakan dana penstabilan harga untuk mengawal inflasi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 April, 2022.

PUTRAJAYA harus memulakan dana penstabilan harga bagi memeriksa inflasi dan melanjutkan penepian kadar faedah serta moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi memandangkan pertumbuhan yang lebih perlahan tahun ini, kata Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP itu berkata dana untuk menstabilkan harga akan memperlahankan kenaikan.

“Kos sara hidup yang lebih tinggi melepasi peningkatan kos bahan input untuk perniagaan dan telah mengenakan tekanan yang tidak tertanggung ke atas kedudukan kewangan individu sehingga terdapat 5.3 juta permohonan di bawah kemudahan Pengeluaran Khas KWSP bagi mengeluarkan sejumlah RM40.1 bilion simpanan mereka sendiri,” kata ahli parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu kerajaan perlu melanjutkan penepian kadar faedah dan moratorium pinjaman bank yang berakhir pada 31 Mac 2022.

“Moratorium pinjaman memanfatkan 8 juta individu dan syarikat.

“Bagi kos yang terlibat industri perbankan mampu berbuat demikian selepas mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM41.5 bilion pada 2019, RM28.5 bilion pada 2020 dan RM33.7 bilion pada 2021,” katanya.

Beliau berkata ini selaras dengan amaran Tabung Kewangan Antarabangsa bahawa negara-negara Asia menghadapi stagflasi akibat penutupan Covid-19 China dan perang di Ukraine.

Beliau berkata Bank Dunia sudah pun menurunkan unjurannya untuk KDNK Malaysia bagi 2022 daripada 5.8% kepada 5.5%. – 26 April, 2022.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen