SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berdasarkan dakwaan sebuah blog menjejaskan kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang, kata Badan Peguam Malaysia hari ini.
Ia juga tidak berperlembagaan dan mewujudkan intimidasi dan mencetuskan ketakutan kepada orang ramai, kata presiden Karen Cheah Yee Lynn.
Nazlan yang pada 2020 merupakan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas tuduhan rasuah membabitkan RM42 juta sedang disiasat oleh SPRM berhubung RM1 juta yang didakwa tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.
Dakwaan itu dibuat menerusi blog Malaysia Today yang mana Badan Peguam juga berkata polis mesti menjalankan “penyiasatan setara” memandangkan Nazlan membuat laporan polis terhadap blog itu yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamarudin.
“Badan Peguam Malaysia selanjutnya mengatakan siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman dan tidak berperlembagaan.
“Terdapat mekanisme untuk menangani isu ini dan sementara menunggu penentuan dalam isu sebegini, sebarang percubaan pihak tidak bertanggungjawab boleh dilihat sebagai menikam keyakinan orang ramai terhadap Badan Kehakiman.
“Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan menyediakan laluan khusus yang membolehkan aduan salah laku kehakiman ditangani dengan cara yang memastikan keyakinan orang ramai berterusan terhadap Badan Kehakiman, kata Cheah dalam satu kenyataan hari ini.
Berita penuh di sini.
Komen