ANGKA harian jangkitan Covid-19 terus menurun dengan 4,006 kes direkodkan semalam, terendah sejak 24 Januari, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah jangkitan kini mencecah 4,431,073 kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac 2020, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.
Selangor catat angka harian tertinggi semalam dengan 2,281 kes, diikuti Kuala Lumpur (439) dan Negeri Sembilan (261).
Semalam juga sebanyak lapan kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan, kata Dr Noor Hisham.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 kini 35,499 orang, tambahnya.
Angka kematian baharu paling tinggi di Selangor iaitu dua kes, diikuti Johor (1), Melaka (1), Pahang (1), Sarawak (1), Terengganu (1) and Kuala Lumpur (1). – 25 April, 2022.
Komen