SEBANYAK 6,342 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, naik sedikit berbanding 5,899 yang dilapor semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 4,421,443 kes, menurut data KKM di laman web CovidNow.
Selangor rekod angka kes baharu tertinggi semalam iaitu 3,819 kes, diikuti Kuala Lumpur (716) dan Negeri Sembilan (344).

KKM juga memaklumkan sebanyak 12 kematian akibat Covid-19, dengan 2 daripadanya berlaku di luar hospital (BID). Ini menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 35,482 kes.
Sebanyak tiga kematian dicatat masing-masing di Melaka dan Johor, dua di Pulau Pinang dan Selangor, manakala Sabah dan Sarawak satu kes.
Semalam juga, seramai 1,657 individu positif Covid-19 dimasukkan ke hospital, dengan 91 daripadanya dirawat di unit rawatan rapi.
Seramai 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – 23 April, 2022.
Komen