33 maut dalam letupan di masjid Afghanistan


Pejuang Taliban di hadapan hospital yang merawat mangsa letupan bom di sebuah masjid di Kunduz semalam. – Gambar AFP, 23 April, 2022.

LETUPAN bom menggegarkan sebuah masjid ketika solat Jumaat di timur Afghanistan semalam, meragut 33 nyawa termasuk kanak-kanak.

Kejadian berlaku sehari selepas kumpulan militan Daesh mendakwa bertanggungjawab atas dua serangan berasingan.

Afghanistan digegarkan dengan siri pengeboman minggu ini, yang menyasarkan sebuah sekolah pada 19 April dan sebuah masjid di kawasan Syiah pada Khamis.

Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid, di Twitter berkata kejadian letupan semalam berlaku di sebuah masjid di wilayah utara Kunduz.

“Kami mengutuk jenayah ini… dan merakamkan rasa simpati yang mendalam,” katanya. 

 Zabihullah juga berkata seramai 43 orang lagi cedera dalam letupan tersebut.

Seorang pegawai perisikan mahu identitinya dirahsiakan berkata letupan dalam masjid berkenaan disebabkan bom, namun belum dapat dipastikan bagaimana ia diletupkan. – AFP, 23 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen