Lebih 570,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19


Sebanyak 1,447,377 kanak-kanak atau 40.7%, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 April, 2022.

SEBANYAK 572,744 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 16.1% daripada populasi itu di negara ini lengkap vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,447,377 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.7%, menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,881,518 individu atau 92.6% lengkap divaksin, manakala 2,982,044 atau 95.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,998,406 individu atau 68% menerima dos penggalak, 22,963,218 atau 97.6% lengkap dos kedua, manakala 23,240,041 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 59,460 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 13,412 dos pertama, 39,883 dos kedua dan 6,165 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,872,350. 

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu tiga kes manakala Sabah dan Sarawak masing-masing mencatat satu kes. – Bernama, 22 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen