JANGKITAN baharu Covid-19 turun semalam kepada 5,899, berbanding 6,609 sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).
Lima kematian dilaporkan akibat virus itu dengan empat daripada mereka meninggal dunia di luar hospital, menurut laman web CovidNow.
Jumlah kematian meningkat kepada 35,470 manakala jangkitan aktif berjumlah 88,184.
Selangor mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 3,579, diikuti Kuala Lumpur (649) dan Perak (301).
Negeri Sembilan melaporkan 249 kes virus baharu, Johor (214), Pulau Pinang (193), Sarawak (151), Kedah (126), Melaka (112), Sabah (85), Pahang (61), Terengganu (60), Putrajaya (60), Kelantan (25), Perlis (20) dan Labuan (14).
Tiga daripada kematian, kesemuanya di luar hospital, berlaku di Selangor, masing-masing satu di Sabah dan di Sarawak.
Terdapat 1,649 orang dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19 dengan 92 daripadanya berada di unit rawatan rapi dan 61 memerlukan ventilator. – 22 April, 2022.
Komen