CAELY Holdings Bhd mengambil semua langkah bagi memastikan kesinambungan perniagaan selepas mata pencarian pekerja mereka terancam.
Pengeluar domestik terkemuka pakaian dalam wanita telah meyakinkan semua pihak berkepentingan bahawa langkah sedang dibuat bagi menyahbekukan semua akaun bank kumpulan itu.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Caely Lim Chee Pang berkata penyahbekuan atau penyahbekuan sebahagian akaun bank adalah keutamaan mereka.
“Kami sedang meneroka semua jalan bagi menyelesaikan isu ini kerana kami perlu memastikan operasi perniagaan dapat bertahan.
“Kami bertanggungjawab terhadap pemegang saham kami untuk cara perniagaan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada Isnin Caely mengumumkan bahawa pihak berkuasa telah mengeluarkan perintah pembekuan untuk operasi semua akaun bank Caely Group of Companies.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia ia berkata syarikat itu menjangkakan kesan ke atas aspek kewangan dan operasi Kumpulan Syarikat Caely akibat perintah pembekuan itu.
Ia juga berkata lembaga itu tidak mengetahui sebarang salah laku dan akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa mengenai isu itu.
“Lembaga tidak dapat memastikan kesan kewangan dan operasi penuh pada ketika ini,” katanya.
Lim berkata lembaga pengarah sedang memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak pengurusan untuk menyahbekukan akaun bank.
“Kami boleh mengesahkan bahawa kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa dan akan menghulurkan apa sahaja kerjasama atau bantuan yang diperlukan untuk perkara itu diselesaikan,” katanya.
Beliau menambah pihak pengurusan pada ketika ini masih menilai kesan daripada perintah untuk membekukan akaun bank.
“Kita sedang mengusahakan langkah seterusnya yang turut merangkumi langkah memastikan operasi harian tidak terganggu. Mata pencarian pekerja Caely dan pembekal serta vendor kami menjadi taruhan.
“Kumpulan itu juga memahami kebimbangan pihak berkepentingan dan sedang berusaha secepat mungkin menyelesaikan sebarang isu yang timbul daripada pembekuan akaun bank.
“Kami akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad apabila terdapat perkembangan selanjutanya,” katanya. – 20 April, 2022.
Komen