DAP tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atau PAS, kata Guan Eng


Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu atau PAS kerana kedua-dua parti tidak boleh dipercayai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 April, 2022.

DAP tidak akan meminda hubungan dengan Bersatu atau PAS kerana kedua-dua parti itu tidak boleh dipercayai, kata pengerusinya Lim Guan Eng.

Dalam temubual dengan Utusan Malaysia bekas setiausaha agung DAP itu berkata beliau juga tidak akan bertemu Muhyiddin Yassin bagi membincangkan sebarang kemungkinan kerjasama kerana ahli Parlimen Pagoh itu adalah dalang di sebalik Langkah Sheraton yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

“Saya tidak akan bersetuju jika dia mahu berjumpa. Kita ditikam dari belakang dan kita tidak sepatutnya diperbodohkan lagi.

“Tidak mengapa jika kita berbual di Parlimen tetapi untuk membincangkan bekerjasama saya tidak bersetuju. Saya tidak akan terima, pintu sudah tertutup,” katanya seperti dipetik oleh akhbar itu

Lim yang merupakan bekas menteri kewangan juga menuduh Muhyiddin mensabotaj DAP dengan mengaitkan beberapa ahli parti itu dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang kini tidak berfungsi.

Muhyiddin adalah bekas menteri dalam negeri semasa pemerintahan PH.

Adun DAP P Gunasekaran dan G Saminathan serta 10 yang lain didakwa pada Oktober 2019 atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sri Lanka.

“Ia adalah rakyat kita sendiri atau negeri yang mengkhianati kita. Mengapa Muhyiddin berkata orang kita dikaitkan dengan LTTE sedangkan kumpulan itu tidak wujud ketika itu?,” soal Lim.

Pada Februari 2020 peguam negara ketika itu Tommy Thomas menggunakan kuasanya sebagai pendakwa raya untuk menghentikan prosiding terhadap 12 orang.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berkata beliau tidak mempercayai Abdul Hadi Awang dari PAS yang disifatkannya sebagai “mengelak dan tidak menepati janjinya”.

Dua minggu lalu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin tetapi tidak pernah membincangkan mengenai menyokong beliau untuk menjadi perdana menteri lagi. – 18 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen