331 kes Covid-19 masuk hospital semalam, kata KKM


Sebanyak 146 kes yang dimasukkan ke hospital semalam adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5, menurut KKM.

SEBANYAK 331 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, dengan lebih separuh berada dalam kategori 1 dan 2, kata ketua pengarah kesihatan.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata 146 kes lagi atau 44.1% adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Pesakit kategori 2 paling ramai dimasukkan ke hospital semalam iaitu 152 kes, diikuti kategori 4 (68 kes), kategori 3 (61 kes), kategori 1 (33 kes) dan kategori 5 (17 kes), katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah pesakit baharu Covid-19 masuk hospital paling tinggi di Selangor iaitu 76 orang, kemudian Perak (64) dan Johor (36).

Semalam juga seramai 335 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital selepas disahkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan.

Bagi penggunaan katil khusus untuk kes Covid-19, Dr Noor Hisham berkata tiada negeri catat penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) lebih 50%.

Tambahnya, seramai 134 pesakit dirawat di ICU, dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan. – 17 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen