MALAYSIA merekodkan 9,705 kes baharu Covid-19 semalam, meningkat sedikit berbanding 9,673 jangkitan hari sebelumnya.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sejak pandemik bermula ialah 4,382,402.
Sebanyak 12 kematian dilaporkan semalam dengan separuh daripadanya kes kematian di luar hospital (DOA).
Jumlah kematian pada masa ini ialah 35,409 di mana 7,484 ialah kes DOA.
Lembah Klang terdiri daripada Selangor (6,568), Kuala Lumpur (673) dan Putrajaya (32) melaporkan 7,273 kes atau 75% daripada kes dilaporkan semalam.
Negeri lain ialah Negeri Sembilan (420), Perak (384), Pulau Pinang (359), Johor (313), Melaka (288), Kedah (163), Terengganu (133), Pahang (132), Sarawak (121), Sabah (63), Kelantan (45), Perlis (6) dan Labuan (5).
Daripada 12 kes kematian, Johor melaporkan tiga kes; diikuti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan (masing-masing dua kes) dan Pulau Pinang, Sabah dan Selangor (masing-masing satu kes). – 17 April, 2022.
Komen