Lebih 300,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19


Seramai 308,116 kanak-kanak berumur 5-11 tahun atau 8.7% lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah PICKids. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2022.

SERAMAI 308,116 kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun atau 8.7% daripada populasi berkenaan di negara ini lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,869,234 individu atau 92.2% melengkapkan vaksinasi manakala 2,971,696 individu atau 95.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,965,602 individu atau 67.9% menerima dos penggalak manakala 22,960,229 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,925 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 55,755 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam membabitkan 5,767 dos penggalak, 38,467 dos kedua dan 11,521 dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,489,172.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara semalam dengan Perak mencatat jumlah tertinggi sebanyak lima kes diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing dua kes.

Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan satu kes. – Bernama, 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen