Bantuan khas RM1,000 bagi penjawat awam Perak, kata MB


Menteri Besar Perak Saarani Mohamad berkata, pekerja kontrak turut akan menerima bantuan khas kewangan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2022.

KERAJAAN Perak mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 kepada setiap penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Saarani Mohamad berkata penyaluran bantuan khas itu dibuat bersama pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

“Pemberian ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Ia juga turut membabitkan kakitangan di bawah skim ‘Contract of Service’ dan ‘Contract for Service’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saarani berkata, turut menerima bantuan khas itu guru sandaran tidak terlatih, guru i’dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, Orang Besar Jajahan, pegawai sambilan harian dan Tok Batin.

Selain itu katanya buat julung kalinya, bantuan khas Aidilfitri akan turut disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dengan kadar RM500 seorang.

Saarani berkata, bantuan khas itu menyaksikan peruntukan sebanyak RM7.9 juta dan memanfaatkan 7,907 penjawat awam negeri Perak. – Bernama, 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen