370 dimasukkan ke hospital akibat Covid-19


Raevathi Supramaniam

Penggunaan ICU di seluruh negara mencapai 18% setakat semalam manakala penggunaan ICU di semua negeri dan wilayah kekal di bawah 50%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2022.

MALAYSIA mencatatkan 370 kemasukan ke hospital akibat Covid-19 semalam di mana lebih 50% daripadanya melibatkan pesakit Kategori 1 dan 2, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdapat 224 kemasukan ke hospital (60.5%) melibatkan Kategori 1 dan 2 manakala terdapat 146 kemasukan ke hospital (39.5%) melibatkan Kategori 3, 4 dan 5.

Secara keseluruhan terdapat 2,281 pesakit sedang dirawat akibat Covid-19 di hospital.

Terdapat 152 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 87 orang menggunakan ventilator.

Noor Hisham berkata penggunaan ventilator di seluruh negara adalah 10%.

Penggunaan ICU di seluruh negara mencapai 18% setakat semalam manakala penggunaan ICU di semua negeri dan wilayah kekal di bawah 50%.

Daripada 9,673 jangkitan yang dilaporkan semalam Noor Hisham berkata 48 kes adalah dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu kadar kebolehjangkitan (Rt) berada pada 0.82. β€“ 16 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen