426 individu positif Covid-19 masuk hospital semalam, kata KKM


KKM berkata sebanyak 244 kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital semalam adalah pesakit kategori 1 dan 2, manakala 182 kes kategori 3, 4 dan 5. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 April, 2022.

SERAMAI 426 individu positif Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata 244 kes atau 57.3% adalah pesakit kategori 1 dan 2, manakala 182 kes atau 42.7% adalah kategori 3, 4 dan 5.

Bagi penggunaan katil pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU), 19% daripada 861 katil digunakan.

Seramai 99 pesakit Covid-19 di ICU memerlukan bantuan pernafasan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata Putrajaya dan Selangor mencatat penggunaan katil ICU lebih 50% iaitu masing-masing 67% dan 51%.

Seramai 445 pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19 dibenarkan keluar semalam, katanya. – 14 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen