KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 10,052 kes baharu Covid-19 semalam selepas tiga hari berturut-turut angka harian bawah lima angka direkodkan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencecah 4,352,611, menurut portal GitHub KKM.
Selangor paling tinggi catat angka harian semalam iaitu 6,156 kes, diikuti Kuala Lumpur (716) dan Negeri Sembilan (552).
__full.jpg)
Semalam juga, sebanyak 22 kematian akibat virus itu dilaporkan, dengan enam daripadanya berlaku di luar hospital (BID).
Angka kematian semalam paling tinggi di Selangor iaitu tujuh kes; diikuti Melaka dan Perak masing-masing tiga kes; dua kes di Johor, Kedah dan Pahang, serta Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kematian akibat Covid-19 di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Jumlah kematian Covid-19 kini mencecah 35,363 kes, dengan 7,468 daripadanya adalah BID. – 14 April, 2022.
Komen