Kes Covid-19 di seluruh dunia melebihi 500 juta


Sehingga kini, jangkitan Covid-19 di seluruh dunia mencecah 500,363,741, dengan 39,980,541 kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari lepas, lapor Sputnik. – Gambar EPA, 13 April, 2022.

JUMLAH kes Covid-19 di seluruh dunia melepasi 500 juta, manakala angka kematian pula melebihi enam juta, menurut data terkini Universiti Johns Hopkins.

Sehingga kini, jangkitan Covid-19 mencecah 500,363,741, dengan 39,980,541 kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari lepas, lapor Sputnik.

Angka kematian global kini mencecah 6,183,944, dan 136,432 pesakit maut sejak 28 hari lalu.

Sementara itu, lebih 11 bilion dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia sejak wabak itu melanda.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. – Bernama, 13 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen