Kit Siang tolak cadangan jadi mentor DAP


Ravin Palanisamy

Veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang, 82, mengumumkan persaraannya daripada politik pada konvensyen DAP ke-17 bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 April, 2022.

WAKIL rakyat veteran Lim Kit Siang menolak cadangan DAP untuk menjadikannya “mentor” parti.

Dalam ucapannya pada majlis makan malam bersama kepimpinan parti dan wakil rakyat malam tadi, Lim berkata keputusannya untuk bersara bukan saja membabitkan bertanding pilihan raya, tetapi juga daripada pemilihan dan kepimpinan parti.

Lim yang aktif politik sejak hampir 60 tahun lalu memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha Agung DAP yang baru dilantik, Anthony Loke beberapa hari sebelum itu.

“Saya ucap terima kasih kepada jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang baharu dan Loke kerana mencadangkan saya jadi mentor DAP,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata akan sentiasa ada untuk memberikan pandangan dan nasihatnya berkenaan masa depan Malaysia dan hala tuju DAP.

Lim berkata beliau menghabiskan 56 tahun usianya demi perjuangan DAP untuk Malaysia menjadi negara berkelas dunia dan melihat parti itu berkembang daripada parti pembangkang yang kecil pada 1960-an dan kini antara parti utama di negara ini.

“Namun, tidak perlu ada jawatan, dan saya menolak cadangan CEC untuk menjadi mentor DAP,” katanya yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri.

Bulan lalu, Lim, 82, mengumumkan persaraannya daripada politik pada konvensyen DAP ke-17. – 13 April, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen