Nicky Liow mengaku tidak bersalah tuduhan kes pengubahan wang haram


Nicky Liow dididakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 26 pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan nilai RM36 juta. – Gambar Twitter, 12 April, 2022.

NICKY Liow didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas 26 pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan nilai RM36 juta.

Tertuduh, pengasas Winner Dynasty Group, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Tertuduh berusia 34 tahun itu menyerah diri kepada polis semalam selepas hampir setahun melarikan diri.

Dalam beberapa siri dalam lebih 70 serbuan tahun lalu, polis menahan 68 ahli kumpulannya menerusi Ops Pelican 3.0 antara 20 Mac hingga 28 Mac, 2021.

Pihak berkuasa merampas 16 kenderaan mewah termasuk sebuah Rolls Royce, selain wang tunai lebih RM7 juta dalam matawang asing. – 12 April, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen