427 pesakit Covid dimasukkan ke hospital


Raevathi Supramaniam

NEGARA melaporkan 427 kemasukan ke hospital akibat Covid-19, di mana lebih 50 peratus melibatkan pesakit kategori 1 dan 2, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Dr Noor Hisham Abdullah. berkata sebanyak 240 kemasukan ke hospital melibatkan kategori 1 dan 2 (56.2%) manakala seramai 187 melibatkan kategori 3, 4 dan 5 (43.8%) .

Secara keseluruhan, 2,794 pesakit Covid sedang dirawat di hospital di seluruh negara.

Terdapat 174 orang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 memerlukan ventilator.

Tambah Noor Hisham, setakat semalam, penggunaan ventilator di seluruh negara kini pada kadar 12 peratus, manakala penggunaan ICU kini mencapai kadar 20 peratus.

Katanya penggunaan ICU di Putrajaya dan Selangor sudah melebihi 50 peratus, di mana masing-masing pada kadar 100 peratus dan 52 peratus.

Di Putrajaya semua tiga katil ICU telah digunakan untuk pesakit Covid, katanya.

Daripada 7,739 jangkitan yang dilaporkan semalam, Noor Hisham berkata 67 kes dalam kategori 3, 4 dan 5.

Sementara itu, kadar jangkitan (Rt) berada pada 0.84 dengan semua negeri lain turut merekodkan kadar kurang daripada 1.0. – 12 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen