SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah hampir RM8 juta.
Menurut sumber lelaki yang berusia 59 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 11 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Difahamkan ketika memegang jawatan pengarah urusan, individu itu mengemukakan tuntutan kepada sebuah syarikat bagi kerja-kerja melibatkan penggantian barangan IT pada tahun 2016.
Sementara itu Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun lelaki itu dilepaskan dengan jaminan SPRM. – Bernama, 11 April, 2022.
Komen