MALAYSIA merekodkan 10,177 kes baharu Covid-19 semalam, jatuh mendadak berbanding 14,944 kes yang dilaporkan kelmarin.
Laman web CovidNow juga melaporkan 21 kematian baharu, tiada kes kematian dibawa ke hospital.
Ia juga berkurangan berbanding kelmarin yang melaporkan 31 kematian.
Dengan penambahan kes baharu itu, kes aktif Covid-19 di Malaysia kini adalah 153,463 dengan jumlah kematian 35,280 orang.
Pangkalan data GitHub menunjukkan Selangor melaporkan kes baharu tertinggi sebanyak 5,686 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur (1,008) dan Perak (583).
Negeri lain yang melaporkan kes baharu adalah Johor (544), Negeri Sembilan (519), Pulau Pinang (371), Sarawak (350), Kedah (311), Pahang (214), Melaka (206), Terengganu (137), Sabah (106), Kelantan (64), Perlis (29), Putrajaya (28) dan Labuan (20).
Manakala negeri yang melaporkan kes kematian tertinggi adalah Johor dengan empat kes, diikuti oleh Kedah, Pahang dan Selangor (3 setiap satu), Perak dan Sarawak (2 setiap satu) and Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur, masing-masing satu kes.

Terdapat 2,964 orang kini sedang dirawat di hospital kerana Covid-19.
195 daripadanya berada di unit rawatan rapi dengan 108 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – 10 April, 2022.
Komen