KKM lapor 14,944 kes baharu Covid-19, 31 kematian


Jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara kini mencecah 4.3 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2022.

SEBANYAK 14,944 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, meningkat hampir 3,000 berbanding 11,994 kes yang dilaporkan pada Khamis, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 4,307,529, menurut data KKM yang dimuat naik di laman web CovidNow. 

Selangor catat angka tertinggi iaitu 9,674  kes semalam, diikuti Kuala Lumpur (970) dan Perak (637).

Angka kematian akibat Covid-19 turun sedikit semalam, iaitu 31 kes berbanding 36 yang dilaporkan pada Khamis, menjadikan jumlah kesuruhan setakat kini 35,259 orang. Enam kes semalam adalah kematian di luar hospital.

Angka kematian paling tinggi semalam di Putrajaya iaitu enam kes, diikuti Johor (4), Kedah (4), Sarawak (4), Pahang (3), Perak (3), Melaka (2), Selangor (2), Pulau Pinang (1), Kuala Lumpur (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Sabah dan Labuan.

Menurut data KKM juga, kes aktif Covid-19 mencecah 158,439 setakat malam tadi, dengan seramai 3,012 pesakit dirawat hospital. Ini termasuk 206 dirawat di unit rawatan rapi, dengan 109 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

KKM turut melaporkan 14,045 kes sembuh. – 9 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen