Malaysia tidak boleh bergantung pada FDI saja, kata Dr Mahathir


Malaysia tidak sepatutnya bergantung kepada FDI untuk pertumbuhan ekonomi dan industri negara, kata Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 April, 2022.

MALAYSIA masih boleh menerima pelaburan langsung asing (FDI) tetapi tidak sepatutnya bergantung kepadanya untuk pertumbuhan ekonomi dan industri negara, kata Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata industri sepatutnya mengambil kesempatan terhadap bahan mentah dihasilkan secara tempatan untuk menghasilkan produk antarabangsa.

Walaupun Malaysia pembekal terbesar sarung tangan di dunia, ia terlepas peluang menjadi pengeluar terbesar produk getah yang lain di dunia, katanya.

“Kita buat tayar untuk kenderaan bermotor, tetapi hanya membekalkannya dengan jumlah kecil,” katanya di blognya.

“Mungkin kualitinya tidak memenuhi standard tayar untuk pelbagai kegunaan, tetapi kita masih boleh bina makmal penyelidikan.”

Bekas perdana menteri itu berkata selain tayar, ada ratusan lagi produk getah lain yang dijual, dan Malaysia perlu melihatnya dalam cara besar.

Malaysia tidak dapat menarik FDI sebaik dulu, di mana negara ini dapat menawarkan buruh murah dan insentif cukai, katanya.

“Negara lain tawar buruh lebih murah dan insentif lebih baik sekarang. Sudah tiba masanya Malaysia mencari cara lain untuk membangunkan ekonominya.” – 8 April, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen