KKM lapor 12,105 kes baharu, 32 kematian Covid-19


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan 12,105 kes baharu Covid-19 semalam, meningkat daripada 12,017 kes sehari sebelumnya.

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes yang dilaporkan kepada 4.28 juta.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 6,783, diikuti Negeri Sembilan (826) dan Kuala Lumpur (733).

Perak mencatatkan 622 kes baharu, Pulau Pinang (508), Johor (426), Terengganu (416), Sarawak (415), Kedah (400), Pahang (320), Melaka (206), Sabah (188), Kelantan (150) , Putrajaya (54), Perlis (41) dan Labuan (17).

KKM turut melaporkan 32 kematian akibat Covid-19 semalam, turun satu kes berbanding sehari sebelumnya.

Angka kematian kini berjumlah 35,191 orang.

Daripada jumlah keseluruhan kematian, sebanyak 9 kes melibatkan kematian di luar hospital.

Selangor dan Johor melaporkan 7 kematian, Perak (5), Terengganu (4), Kedah (3), Malacca (3), Perlis (1), Kuala Lumpur (1) and Negeri Sembilan (1).

Negeri lain tidak melaporkan sebarang kematian.

Sebanyak 162,216 kes koronavirus masih aktif.

Sehingga tengah malam, sebanyak 3,279 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, dengan 221 berada di unit rawatan rapi dan 122 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 21,029 kes pesakit yang pulih dicatatkan semalam. – 7 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen