Shahril bantah dipecat sebagai pengarah MySJ


Shahril Shamsuddin membantah dipecat daripada jawatannya sebagai pengarah MySJ Sdn Bhd berhubung pertikaian perjanjian pemegang saham berhubung pemilikan aplikasi MySejahtera. – Gambar fail The Malaysian Insight, April 6, 2022.

SHAHRIL Shamsuddin membantah dipecat daripada jawatannya sebagai pengarah MySJ Sdn Bhd berhubung pertikaian perjanjian pemegang saham berkaitan pemilikan aplikasi MySejahtera, lapor Free Malaysia Today.

Shahril berkata beliau dilantik sebagai pengarah MySJ pada 6 Disember 2021 mengikut resolusi syarikat.

Dalam afidavitnya Shahril menafikan Hasrat Budi Sdn Bhd (pemegang saham lain) mempunyai alasan untuk memecatnya sebagai pengarah.

“Memandangkan afidavit plaintif (pengarah Hasrat Budi Heah Kok Boon) mengambil berat, saya dinasihatkan oleh peguam saya dan percaya pelantikan saya sebagai MySJ adalah sah dan wajar serta dilakukan dengan persetujuan plaintif.

“Saya menafikan Hasrat Budi berhak mendapat pelepasan yang diminta dalam saman pemula untuk memecat saya sebagai pengarah MySJ,” katanya dalam afidavitnya.

Pada 24 Februari Hasrat Budi memfailkan saman pemula terhadap Entomo Malaysia Sdn Bhd, Revolusi Asia Sdn Bhd, MySJ Sdn Bhd dan tiga individu berhubung pertikaian mengenai perjanjian pemegang saham.

Saman itu menamakan Entomo Malaysia, Revolusi Asia Sdn Bhd (RA), orang utama dalam dua syarikat itu, R Raveenderen, pengarah MySJ Anuar Rozhan dan Shahril serta MySJ sebagai defendan pertama hingga keenam.

Entomo Malaysia ialah sebuah syarikat yang menggunakan perisiannya KPISoft Software untuk membangunkan aplikasi MySejahtera berdasarkan tanggungjawab sosial korporat.

Berdasarkan saman pemula syarikat memohon pengisytiharan menurut Klausa 7.1.1 perjanjian pemegang saham antara plaintif dan Entomo Malaysia, RA dan Raveenderen bertarikah 27 Ogos 2021 bahawa lembaga pengarah MySJ hendaklah terdiri daripada Raveenderen, sebuah syarikat bebas pengarah memenuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan wakil daripada Hasrat Budi.

Plaintif memohon penyingkiran Anuar dan Shahril sebagai pengarah MySJ dan pelantikan Raveenderen sebagai pengarah syarikat itu. – Bernama, 6 April, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen