Harga petrol RON97 turun 10 sen


HARGA runcit petrol RON97 akan menyaksikan penurunan sebanyak 10 sen daripada RM3.91 seliter kepada RM2.81 seliter pada minggu depan, umum Kementerian Kewangan hari ini.

Harga petrol RON95 dan diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter kerana ia disubsidi oleh kerajaan. 

Harga ini akan berkuat kuasa dari 7 April hingga 13 April. – 6 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen