Bersatu beri mandat Muhyiddin bincang kerjasama dengan parti lain, kata Hamzah


Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sokong Presidennya Muhyiddin Yassin membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU15 bersama parti-parti politik lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 April, 2022.

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memberi mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presidennya Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bersama parti-parti politik lain.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata keputusan MPT Bersatu itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin semalam.

“MPT Bersatu antara lain telah membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri Johor 2022 yang diadakan pada 12 Mac lepas,” katanya. – Bernama, 6 April, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen