Rusia tarik balik rayuan terhadap keputusan FIFA


Pada 8 Mac, FRU mengemukakan rayuan kepada CAS selepas Rusia dikecualikan daripada pertandingan FIFA dan UEFA ekoran konflik dengan Ukraine. – Gambar EPA, 6 April, 2022.

KESATUAN Bola Sepak Rusia (FUR) menarik balik rayuannya terhadap keputusan FIFA untuk menggantung pasukan negara itu daripada playoff kelayakan Eropah Piala Dunia 2022 susulan konflik Rusia-Ukraine, umum Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Selasa.

FUR memaklumkan perkara itu kepada mahkamah pada 30 Mac, lapor Agensi Anadolu.

Pada 8 Mac, FRU telah mengemukakan rayuan kepada CAS selepas negara itu dikecualikan daripada pertandingan FIFA dan UEFA ekoran konflik dengan Ukraine. – Bernama, 6 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen