KKM Lapor 12,017 kes baharu Covid-19


Selangor mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi semalam dengan 7,448 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 756 dan Johor (560). – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 April, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan sedikit peningkatan kes baharu Covid-19 apabila sebanyak 12,017 kes dicatatkan semalam berbanding 10,002 kes sehari sebelumnya.

Menurut laman webnya CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4,268,486.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi semalam dengan 7,448 kes diikuti Kuala Lumpur (756) dan Johor (560).

Negeri lain adalah Kedah (456), Sarawak (406), Kedah (845), Negeri Sembilan (440), Kelantan (155), Pahang (252), Perak (377), Sabah (198), Terengganu (247), Melaka (163), Labuan (31), Perlis (33), Pulau Pinang (457) dan Putrajaya (38).

Bilangan kematian akibat Covid-19 turut meningkat kepada 33 berbanding 28 kematian sebelum ini dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 35,160.

Daripada 33 kematian itu, 10 kes melibatkan kematian di luar hospital.

Selangor mencatatkan lapan kematian, diikuti Perak (6), Kedah (4), Sarawak (3), Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Perlis (masing-masing 2) serta Pulau Pinang dan Kuala Lumpur (masing-masing 1).

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Sabah, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam, terdapat 171,172 kes aktif, dengan 3,423 orang dimasukkan ke hospital.

Daripada jumlah ini, 234 berada di unit rawatan rapi (ICU), dengan 131 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu. sebanyak 20,431 pesakit pulih direkodkan. – 6 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen