22,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19


Sebanyak 22,476 kanak-kanak lima dan 11 tahun menerima lengkap dua dos vaksin Covid-19 menerusi PICKids setakat semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 April, 2022.

SEBANYAK 22,476 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun menerima lengkap dua dos vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web Covidnow, sejumlah 1,351,441 kanak-kanak daripada kumpulan umur yang sama atau 38% daripada populasi itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 15,862,983 individu dewasa atau 67.4% daripada populasi itu di negara ini menerima dos penggalak, 22,955,496 individu atau 97.6% lengkap vaksinasi, manakala 23,231,190 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,854,727 individu atau 91.8% daripada kumpulan itu lengkap divaksinasi, manakala 2,949,995 individu atau 94.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 22,081 dos vaksin diberikan semalam, melibatkan 2,630 dos pertama, 8,155 dos kedua dan 11,296 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 69,016,063 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 28 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak dan Selangor merekodkan kematian tertinggi iaitu masing-masing enam kes diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua) manakala Kedah dan Sarawak masing-masing satu kematian. – Bernama, 5 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen