SERAMAI 562 individu positif Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, dengan 342 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala 220 lagi kategori 3, 4 dan 5, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan hari ini berkata jumlah kemasukan ke hospital paling tinggi direkodkan Selangor iaitu 147 kes, diikuti Pulau Pinang (57) dan Perak (53).
Di Kedah pula, 30 pesakit baharu Covid-19 dimasukkan ke hospital, manakala Kuala Lumpur (44), Putrajaya (13), Negeri Sembilan (23), Melaka (12), Pahang (27), masing-masing 21 di Terengganu dan Kelantan, Sabah (17), Sarawak (42)dan Labuan (1).
Sementara itu, seramai 585 pesakit dibenarkan keluar hospital hospital selepas disahkan sembuh daripada Covid-19, kata Dr Noor Hisham.
Beliau juga berkata daripada 12,380 kes baharu Covid-19 yang direkodkan semalam, 12,295 (99.31%) adalah kategori 1 dan 2, manakala 85 (0.69%) lagi dalam kategori 3, 4 dan 5.
Bagi kadar penggunaan katil unit rawatan rapi membabitkan pesakit Covid-19 pula, hanya Selangor dan Kuala Lumpur mencecah 50& atau lebih 50%, dengan masing-masing merekodkan 60% dan 50%.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan naik kepada 157 orang atau peningkatan sebanyak 18%, kata Dr Noor Hisham. – 4 April, 2022.
Komen