KKM lapor 12,380 kes baharu Covid-19, 30 kematian


KES baharu Covid-19 semakin menurun masuk hari ketiga berturut-turut, dengan 12,380 dicatatkan semalam berbanding 14,692 yang direkodkan pada Sabtu.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dimuat naik di portal GitHub, 11,918 kes yang dilaporkan semalam adalah penularan tempatan.

Manakala baki 462 lagi jangkitan baharu semalam adalah kes import, melonjak daripada 218 yang dikesan pada Sabtu.

Kes baharu Covid-19 yang dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini mencecah 4.24 juta, menurut data KKM.

Data KKM juga menunjukkan Selangor merekodkan kes baharu tertinggi semalam iaitu 7,613 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 909 kes.

Manakala negeri-negeri lain, sebanyak 572 kes di Pulau Pinang, Johor (510), Perak (491), Negeri Sembilan (412), Sarawak (351), Kedah (330), Pahang (287), Terengganu (235), Melaka (219), Kelantan (184), Sabah (167), Putrajaya (52), Perlis (26) dan Labuan (22).

Bagi kematian akibat Covid-19 pula, sebanyak 30 kes dilaporkan semalam, dengan 11 adalah kematian di luar hospital (BID).

Kedah dan Perak paling tinggi rekod kematian, iaitu masing-masing tujuh kes, diikuti Selangor dan Kelantan masing-masing tiga kes.

Pahang dan Pulau Pinang masing-masing rekod dua kematian, manakala Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.

Tiada kematian Covid-19 dilaporkan di Sabah, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Dengan 30 kes semalam juga, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 dalam negara kini mencecah 35,099, dengan 7,408 daripadanya adalah BID. – 4 April, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen