MALAYSIA melaporkan 56 kematian akibat Covid-19 semalam, dengan 11 adalah kematian di luar hospital (DOA).
Kes di Selangor, Kuala Lumpur Perak berjumlah 30 kematian, iaitu masing-masing 10 kes.
Jumlah kematian akibat pandemik pada masa ini ialah 35,069 dengan 7,391 adalah kes DOA.
Kes harian Covid-19 terus menurun untuk hari kedua sempadan antarabangsa dibuka semua, dengan 14,692 kes baharu dilaporkan semalam.
Menurut portal GitHub, 218 kes baharu ialah kes import sementara 14,474 jangkitan tempatan.
Kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 4.23 juta kes, sejak pandemik bermula.
Hampir 70% kes baharu direkodkan di Lembah Klang. Selangor melaporkan 8,662 kes diikuti Kuala Lumpur (1,311) dan Putrajaya (68).
Negeri lain melaporkan kes baharu ialah (664), Sarawak (596), Perak (555), Pahang (535), Kedah (464), Pulau Pinang (440), Negeri Sembilan (394), Melaka (317), Sabah (234), Terengganu (210), Kelantan (146), Labuan (51) dan Perlis (45).
Berkenaan kematian Covid-19, Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan kes harian tidak berlaku dalam sehari tetapi tempoh 72 jam.
Ini bermakna 56 kematian itu berlaku dalam tiga hari lalu.
Selain kematian di Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah, negeri lain melaporkan kes kematian ialah Johor (8), Kedah (7), Melaka (3), Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing 2 kes), Pula Pinang, Sabah, Sarawak dan Terengganu (masing-masing 1 kes).
Daripada 11 kes DOA, lima dilaporkan di Selangor, masing-masing dua di Kedah dan Perak, dan satu di Johor dna Melaka.
Kadar kematian tetap pada 0.3% dan kadar kumulatif ialah 0.8%. – 3 April, 2022.
Komen