PENERIMA vaksin Covid-19 Sinovac yang belum menerima suntikan dos penggalak serta mereka yang berumur 60 tahun ke atas, mempunyai tempoh selama tiga bulan lagi untuk mendapatkan suntikan dos ketiga bagi mengekalkan status lengkap vaksinasi, kata MySejahtera.
Dalam catatan media sosial pada Khamis, ia berkata tempoh yang sama juga adalah untuk kedua-dua kumpulan yang belum menerima dos penggalak mereka tetapi telah dijangkiti virus Covid-19.
“Bagaimanapun, kumpulan orang ini masih digesa untuk mengambil suntikan dos penggalak secepat mungkin bagi mengelakkan perubahan status vaksin sepenuhnya kepada tidak lengkap,” tambah MySejahtera dalam catatannya.
Kementerian Kesihatan sebelum ini telah memberi amaran kepada penerima dos utama vaksin Sinovac, CoronaVac, dan mereka yang berumur 60 tahun yang masih tidak menerima dos penggalak, bahawa mereka akan kehilangan status lengkap vaksinasi pada 1 April jika mereka tidak mendapatkan suntikan berkenaan sebelum 31 Mac.
Malaysia memulakan peralihan kepada fasa endemik pada 1 April, bersama-sama dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kuarantin wajib untuk penerima yang lengkap vaksinasi dan dos penggalak. – 2 April, 2022.
Komen