SERAMAI 750 pesakit dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam yang menunjukkan pengurangan kemasukan untuk hari kedua berturut-turut walaupun kes harian meningkat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah kemasukan seramai 428 atau 57.1% daripada kes adalah dalam kategori ringan 1 dan 2 manakala 322 kes (42.9%) adalah dalam kategori serius 3, 4 dan 5.
Noor Hisham berkata pesakit dalam kategori 2 mencatatkan kemasukan paling ramai iaitu 353 diikuti oleh kategori 4 (195), kategori 3 (99), kategori 1 (79) dan kategori 5 (28).
Dr Noor Hisham berkata pesakit kategori 1 dan 2 akan dimasukkan jika mereka dianggap berisiko tinggi dan memerlukan pemerhatian.
Selangor, negeri paling ramai penduduk melaporkan hampir 60% daripada 18,560 kes semalam juga mencatatkan jumlah kemasukan tertinggi iaitu 123.
Johor satu-satunya negeri lain yang melaporkan kemasukan ke hospital dalam tiga digit iaitu 103.
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kemasukan baharu ialah Perak (74), Kedah (67), Sarawak (65), Pulau Pinang (50), Negeri Sembilan (48), Kelantan (43), Kuala Lumpur (42), Pahang (34), Terengganu (34), Sabah (21), Putrajaya (20), Melaka (16), Perlis (5) dan Labuan (5).
Noor Hisham berkata seramai 721 pesakit dibenarkan keluar dari hospital semalam.
Beliau juga berkata daripada 18,560 jangkitan baharu yang dilaporkan semalam seramai 18,435 (99.33%) daripada kes itu adalah dalam kategori asimtomatik dan sederhana simptomatik iaitu 1 dan 2.
Hanya 125 kes (0.67%) kes beradaa dalam kategori lebih serius iaitu 3, 4 dan 5.
Noor Hisham berkata daripada 125 kes serius itu 34 kes sama ada belum divaksin atau selesai divaksinasi.
Beliau berkata 50 lagi daripada mereka menerima dua dos vaksin tetapi tidak mengambil suntikan dos penggalak manakala baki 41 lagi menerima suntikan dos penggalak.
Beliau berkata 67 daripada kes itu melibatkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan 66 daripada mempunyai komorbiditi.
Mengenai penggunaan unit rawatan rapi (ICU) berkaitan Covid-19, beliau berkata tiga negeri atau wilayah sudah melepasi paras 50%.
Kuala Lumpur mendahului senarai dengan 57% penggunaan diikuti oleh Perlis (55%) dan Selangor (50%).
Mengenai kadar pengambilan katil bagi kes Covid-19, Noor Hisham berkata daripada 12,201 katil yang tersedia untuk kes tidak kritikal, 4,525 (37%) diduduki.
Daripada 882 katil di ICU, 267 (30%) diduduki manakala 646 (7%) daripada 9,796 katil di pusat kuarantin berisiko rendah sedang digunakan. – 1 April, 2022.
Komen