Kes Covid-19 meningkat untuk hari ke-3


Ravin Palanisamy

MALAYSIA melaporkan 18,560 jangkitan baharu Covid-19 semalam yang menunjukkan peningkatan kes harian untuk hari ketiga berturut-turut.

Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini kepada 4.2 juta.

Sementara itu Malaysia menghampiri 35,000 kematian melibatkan koronavirus apabila 44 kes dilaporkan semalam.

Daripada jumlah itu lapan diklasifikasikan meninggal dunia di luar hospital.

Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa kematian yang dilaporkan setiap hari tidak berlaku dalam sehari tetapi dalam tempoh 72 jam yang lalu.

Ini bermakna 44 kematian berlaku dalam tempoh tiga hari lepas.

Angka kematian kini ialah 34,938 di mana 7,381 daripadanya adalah kes kematian di luar hospital.

Daripada jangkitan yang dilaporkan semalam Selangor yang mempunyai penduduk paling ramai mencatatkan 10,735 atau 58% daripada jumlah keseluruhan kes.

Selepas Selangor ialah Kuala Lumpur dengan 1,188 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 1,077 kes.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Johor (954), Pulau Pinang (790), Perak (751), Sarawak (639), Kedah (607), Pahang (480), Melaka (338), Terengganu (325), Kelantan (271), Sabah (214), Putrajaya (101), Perlis (48) dan Labuan (42).

Bagi pecahan kematian mengikut negeri Perak melaporkan jumlah kematian terbanyak dengan 12 diikuti oleh Selangor (11) dan Johor (6).
 
Negeri lain yang menambah jumlah kematian ialah Sarawak (5), Pulau Pinang (3), Kelantan, Sabah, dan Terengganu (masing-masing 2) dan Negeri Sembilan (1).

Daripada lapan kes kematian di luar hospital masing-masing tiga dilaporkan di Selangor dan Perak manakala masing-masing satu dilaporkan di Johor dan Kelantan.

Kadar kematian adalah 0.3% dan kadar kematian terkumpul pada 0.8%. – 1 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen