MALAYSIA mencatatkan sedikit peningkatan dalam jangkitan Covid-19 semalam dengan 15, 941 kes direkodkan berbanding 15,215 kes pada hari sebelumnya.
Jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini kepada 4,183,359.
Bagaimanapun jumlah kematian Covid-19 menurun daripada 64 hari sebelumnya kepada 33 kes semalam dengan 11 disahkan meninggal dunia di luar hospital.
Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa kematian yang dilaporkan setiap hari tidak berlaku dalam satu hari tetapi dalam tempoh 72 jam yang lepas.
Angka keseluruhan kes kematian berjumlah 34,939, yang mana 7,373 daripadanya adalah kematian luar hospital.
Di Lembah Klang, Selangor melaporkan 7,748 jangkitan baharu, Kuala Lumpur (1,411) dan Putrajaya (66).
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan kes baharu ialah Sarawak (974), Kedah (827), Perak (783), Johor (778), Negeri Sembilan (765), Pulau Pinang (684), Pahang (487), Terengganu (383), Melaka (331), Sabah (313), Kelantan (297), Labuan (61), dan Perlis (33).
Johor dan Kedah merekodkan kes kematian paling tinggi dengan masing-masing enam kematian dan dua kes kematian luar hospital.
Perak dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan empat kematian manakala Pahang dan Sarawak masing-masing tiga kematian.
Negeri lain yang turut melaporkan kes kematian adalah Pulau Pinang dan Selangor (masing-masing 2 kes), Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah (masing-masing 1 kes).
Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Kadar kematian adalah 0.3% dan kadar kumulatif kes kematian, pada 0.8%. – 31 Mac, 2022.

Komen