15,215 kes jangkitan baharu Covid-19 


Ravin Palanisamy

Jumlah kes harian Covid-19 berada dalam trend menurun sejak 25 Mac lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mac, 2022.

MALAYSIA mencatatkan peningkatan kes Covid-19 selepas empat hari apabila Kementerian Kesihatan merekodkan 15,215 kes jangkitan baharu semalam.

Jumlah kes harian berada dalam trend menurun sejak 25 Mac, dengan negara melaporkan angka terendah dalam hampir dua bulan sehari sebelumnya (28 Mac) dengan 13,336 kes jangkitan.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 4,167,418.

Sementara itu, jumlah kematian Covid-19 meningkat untuk hari ketiga berturut-turut apabila kementerian merekodkan 64 kematian.

Daripada jumlah itu, 14 disahkan sebagai kematian luar hospital.

Kementerian sebelum ini berkata tidak semua kematian harian berlaku dalam satu hari tetapi dilaporkan oleh pusat perubatan dalam tempoh masa 72 jam.

Ini bermakna 64 kematian berlaku dalam tempoh tiga hari terakhir.

Jumlah keseluruhan kes kematian kini ialah 34,906, yang mana 7,362 adalah kes kematian luar hospital.

Daripada jumlah kes jangkitan baharu yang dilaporkan semalam, Lembah Klang yang terdiri daripada Selangor (6,985), Kuala Lumpur (1,434) dan Putrajaya (63) melaporkan gabungan 8,482 atau 56% daripada keseluruhan kes.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Negeri Sembilan (974), Sarawak (828), Johor (751), Kedah (734), Perak (701), Pulau Pinang (679), Pahang (554), Terengganu (403), Kelantan (362), Melaka (350), Sabah (251), Labuan (80) dan Perlis (66).

Bagi pecahan kes kematian mengikut negeri, Perak melaporkan kes tertinggi berbanding mana-mana negeri atau wilayah dengan 20 kematian, yang mana dua daripadanya adalah kematian luar hospital.

Negeri lain yang melaporkan kes kematian ialah Kedah (8), Selangor (7), Pulau Pinang (6), Johor (5), Negeri Sembilan dan Sarawak (masing-masing 4), Kelantan (3), Melaka, Pahang dan Sabah (masing-masing 2), dan Terengganu (1).

Ketiga-tiga kes kematian di Kelantan diisytiharkan sebagai kematian luar hospital.

Selain kes kematian luar hospital di Perak dan Kelantan; Johor, Kedah dan Kelantan melaporkan dua kes, manakala Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing melaporkan satu

Kadar kematian adalah 0.3% dan kadar kematian terkumpul, pada 0.8%. – 30 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen