Institusi gagal kerana perdana menteri terlalu berkuasa, kata Ambiga


Kamles Kumar

Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan berkata institusi-institusi ini jadi tidak berguna apabila Najib terlepas dari didakwa atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan AS731 milion (RM2.6 bilion) yang meragukan dalam akaun peribadinya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Februari, 2018.

BEKAS presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan hari ini berkata kuasa muktamad yang dimiliki oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan institusi-institusi di negara ini gagal.

Beliau berkata institusi-institusi ini jadi tidak berguna apabila Najib terlepas dari didakwa atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan AS731 milion (RM2.6 bilion) yang meragukan dalam akaun peribadinya.

“Apabila perdana menteri menjadi terlalu berkuasa, secara asasnya tiada batasan kuasa. Ini bermakna institusi tak berfungsi.

“Apabila Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan mengenai 1MDB, dah tentu PM tak akan selamat, tiada PM yang boleh.

“Jadi, kita akan menghadapi pilihan raya dengan kemungkinan beliau akan terus menjadi PM,” kata Ambiga pada forum anjuran Bersih 2.0 di Petaling Jaya hari ini.

Pada 2016, DoJ mengatakan kira-kira AS$731 juta ditemui disalurkan ke dalam akaun Malyasian Offial No.1 (MO1) yang didakwa disalurkan dari 1MDB.

DoJ tidak menamakan Najib sebagai MO1, tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan kemudian mengesahkan perdana menteri adalah MO1.

Ia juga telah memfailkan saman untuk merampas hartanah mewah dan hasil seni bernilai AS1 bilion yang dipercayai dicuri dari wang 1MDB.

Kemudian tahun lalu, DoJ melancarkan satu lagi siasatan jenayah bagi menangguh saman sivil tersebut.

Peguam Negara AS Jeff Sessions telah menamakan skandal 1MDB “kleptokrasi paling parah”.

Di Malaysia, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali melepaskan Najib dari sebarang tuduhan dengan mengatakan perdana menteri itu tidak melakukan sebarang kesalahan. – 11 Februari, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen